Bismillahirrohmaanirrohiim

Amalan Menghidupkan Malam Hari Raya 'Ied

Amalan Menghidupkan Malam Raya Merupakan Amalan Ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah

1. Dalam kitab al-Umm disebutkan :

العبادة ليلة العيدين:أخبرنا الربيع قال أخبرنا الشافعي قال أخبرنا إبراهيم بن محمد قال أخبرنا ثور بن يزيد عن خالد بن معدان عن أبي الدرداء قال: ” من قام ليلة العيد محتسبا لم يمت قلبه حين تموت القلوب “.

قال الشافعي : وبلغنا أنه كان يقال: إن الدعاء يستجاب في خمس ليال في ليلة الجمعة , وليلة الأضحى , وليلة الفطر , وأول ليلة من رجب , وليلة النصف من شعبان.

أخبرنا الربيع قال أخبرنا الشافعي، قال أخبرنا إبراهيم بن محمد قال: رأيت مشيخة من خيار أهل المدينة يظهرون على مسجد النبي صلى الله عليه وسلم ليلة العيد فيدعون ويذكرون الله حتى تمضي ساعة من الليل , وبلغنا أن ابن عمر كان يحيي ليلة جمع , وليلة جمع هي ليلة العيد لأن صبيحتها النحر.

قال الشافعي : وأنا أستحب كل ما حكيت في هذه الليالي من غير أن يكون فرضا

“ Ibadah dua malam hari raya : Telah mengkhabarkan pada kami ar-Rabi’, ia berkata, telah mengkhabarkan pada kami Imam asy-Syafi’i, berkata, telah mengkhabarkan pada kami Ibrahim bin Muhammad, ia berkata, telah mengkhabarkan pada kami Tsaur bin Yazid dari Khalid bin Mi’dan dari Abu Darda, ia berkata, “ Barangsiapa yang berdiri tegak di malam hari raya dengan berharap (pahala Allah), maka hatinya tidak akan mati di hari hati menjadi mati “.Imam asy-Syafi’i mengatakan : “ Telah sampai pada kami, sesungguhnya di katakan, “ Bahwasanya doa dikabulkan di lima malam, yaitu malam Jumaat, malam idhul adha, malam dhul fitri, malam pertama Rajab dan malam separuh Sya’ban “. Kemudian di akhir beliau mengatakan :
“ Dan saya menganjurkan (mensunnahkah untuk mengamalkannya) semua apa yang dihikayatkan dari (keutamaan) malam-malam tersebut tanpa bersifat fardhu “.(Al-Umm : 2/264)

2. Imam an-Nawawi mengatakan :

قال أصحابنا: يستحب إحياء ليلتي العيدين بصلاة أو غيرها من الطاعات ( واحتج ) له أصحابنا بحديث أبي أمامة عن النبي صلى الله عليه وسلم: { من أحيا ليلتي العيد لم يمت قلبه يوم تموت القلوب } وفي رواية الشافعي وابن ماجه: ” { من قام ليلتي العيدين محتسبا لله تعالى لم يمت قلبه حين تموت القلوب } رواه عن أبي الدرداء موقوفا , وروي من رواية أبي أمامة موقوفا عليه ومرفوعا كما سبق , وأسانيد الجميع ضعيفة

“ Para ulama kami mengatakan, “ Disunnahkan menghidupkan dua malam hari raya dengan sholat dan keta’atan lainnya. Para ulama kami berhujjah dengan hadits Abu Umamah dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam : “ Barangsiapa yang menghidupkan malam ‘iid, maka hatinya tidak akan mati di hari hati menjadi mati “. Dan di dalam riwayat imam asy-Syafi’i dan Ibnu Majah disebutkan, ““ Barangsiapa yang berdiri tegak di malam hari raya dengan berharap (pahala Allah), maka hatinya tidak akan mati di hari hati menjadi mati “, telah meriwayatkannya Abu Darda secara mauquf dan meriwayatkannya dari riwayat Abu Umamah secara mauquf atasnya dan marfu’ sebagaimana telah berlalu. Dan sanad-sanad hadits tersebut adalah lemah “ (Al-Majmu’ : 5/36)

3. Disisi Ulama Hanabilah, Imam As-Safaraini mengatakan:

في قول الناظم رحمه الله تعالى وخذ بنصيب… إلى آخره إشارة إلى أنه لا يطلب قيام كل الليل. قال علماؤنا: ولا يقومه كله إلا ليلة عيد. هذه عبارة الإقناع

“ Dalam ucapan penazam rahimahullah : “ Dan ambillah dengan bahagian….dan seterusnya, adalah suatu isyarat bahawasanya tidak dituntut menegakkan seluruh malam tersebut. Ulama kami (Hanbaliyyah) mengatakan, “ Tidak dituntut menghidupkan malam secara menyeluruh kecuali malam hari raya sahaja (maka dituntut menghidupkan seluruh malamnya adapun lainnya hanya sebahagian besar malamnya saja), inilah teks dalam al-Iqna “ (Ghiza al-Albab : 2/506).

4. Disisi Ulama Maliki pula, Ibnul Hajj mengatakan :

وينبغي للحاج أن يحيي ليلة العيد بالصلاة. وقد كان عبد الله بن عمر يقوم تلك الليلة كلها وكذلك غيره. وقد استحب العلماء ذلك في جميع الأقطار. لما ورد في الحديث { من أحيا ليلتي العيد أحيا الله قلبه يوم تموت القلوب } وذلك بشرط أن لا يكون في المساجد ولا في المواضع المشهورة كما يفعل في رمضان , بل كل إنسان في بيته لنفسه ولا بأس أن يأتم به بعض أهله وولده )

“ Dan sebaiknya bagi orang yang melaksanakan ibadah haji, menghidupkan malam hari raya dihul adha dengan sholat. Abdullah bin Umar menghidupkan malam tersebut seluruhnya demikian juga malam lainnya. Para ulama seluruh pelusuk negeri telah menganjurkan hal itu, kerana telah datang dalam hadits “ Barangsiapa yang menghidupkan malam hari raya, maka Allah akan menghidupkan hatinya di hari hati menjadi mati “, Itu dengan syarat tidak di dalam masjid dan tidak di tempat-tempat yang tersohor sebagaimana dilakukan di bulan Ramadhan. Akan tetapi setiap orang melakukannya di dalam rumahnya masing-masing, dan tidak mengapa dipimpin keluarga atau anaknya “. (Al-Madkhal : 1/232)

5. Dalam kitab at-Taaj disebutkan :

( وندب إحياء ليلته ) روى أبو أمامة: { من أحيا ليلتي العيد لم يمت قلبه يوم تموت القلوب }

“ Dan dianjurkan menghidupkan malam hari raya, Abu Umamah telah meriwayatkan : “ Barangsiapa yang menghidupkan malam ‘iid, maka hatinya tidak akan mati di hari hati menjadi mati “ (At-Taaj wa al-Iklil : 2/574).

6. Disisi ulama mazhab hanafi pula, Ibnu Nujaim berkata :

ومن المندوبات: إحياء ليالي العشر من رمضان وليلتي العيدين وليالي عشر ذي الحجة وليلة النصف من شعبان كما وردت به الأحاديث وذكرها في الترغيب والترهيب مفصلة والمراد بإحياء الليل: قيامه وظاهره الاستيعاب ويجوز أن يراد غالبه

“ Di antara perkara yang dianjurkan (disunnahkan) adalah, menghidupkan malam-malam sepuluh terakhir Ramadhan, dua malam hari raya, malam-malam sepuluh dzul hijjah dan malam nsifhu sya’ban sebagaimana telah datang hadit-haditsnya dan menyebutkannya di dalam targhib dan tarhib secara detail. Yang dimaksudkan dengan menghidupkan malam adalah mendirikannya, secara zahir seluruh malam akan tetapi boleh juga sebagian besar malamnya “. (Al-Bahr ar-Raiq : 2/56)

7. Ibnu Abidin juga mengatakan :

مطلب في إحياء ليالي العيدين والنصف وعشر الحجة ورمضان: ( قوله وإحياء ليلة العيدين ) الأولى ليلتي بالتثنية: أي ليلة عيد الفطر , وليلة عيد الأضحى ( قوله والنصف ) أي وإحياء ليلة النصف من شعبان

“ Bab tentang menghidupkan malam-malam hari raya, nisyfu sya’ban, sepuluh dzul hijjah dan sepuluh Ramadhan. (Ucapan : dan menghidupkan dua malam hari raya) sepatutnya ditulis dua malam dengan tatsniyah, yakni malam hari raya idhul fitri dan idhul adha. (Ucapan : Malam separuh) maksudnya adalah menghidupkan malam nisfhu sya’ban “.

Kemudian beliau mengatakan :

وقد بسط الشرنبلالي في الإمداد ما جاء في فضل هذه الليالي كلها فراجعه

“ Sungguh telah menghuraikannya asy-Syarnibla di dalam kitab al-Imdad tentang apa keutamaan malam-malam itu semuanya, maka pelajarilah “. (Hasyiah Ibnu Abdiin : 2/25)

8. Semoga kita semua termasuk orang-orang yang menghidupkan malam raya dengan amalan-amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Disediakan oleh:

Pertubuhan Penyelidikan Ahlussunnah Wal Jamaah Research Group(ARG)


.

PALING DIMINATI

Back To Top